Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Al-Fadilah:
“Dana Segera Diperlukan Untuk Bina Kompleks
Tahfiz,
Slot Wakaf Hanya
RM50 Per Nama”
(Wakafkan Atas Nama Anda & Ahli Keluarga Yang
Lain, InsyaAllah Berpanjangan Pahala Selamanya.
Bangunan baru ini bakal diduduki oleh 100
pelajar tahfiz)
Kita semua tahu, setiap manusia itu pasti menemui
ajalnya satu hari nanti.
Namun pernah tak kita berfikir;
Adakah amalan
yang kita ada sekarang sudah cukup?
Apa pula
persediaan yang kita dah buat sebagai bekalan menuju akhirat?
Apa amalan
yang kita dah rancang dan buat, supaya kita boleh dapat pahala secara
berterusan (walaupun ketika kita sudah meninggal dunia)?
Salah satunya adalah dengan berwakaf.
Sabda Rasulullah SAW, mahfumnya: "Apabila mati
seorang anak Adam, terputus segala amalannya kecuali tiga (kebaikan): sedeqah
jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan
(kebaikan) untuknya".
Semoga ini menjadi saham kita di dunia dan akhirat.
InsyaAllah.
Wakaf Sebagai Hadiah Paling Afdal Dunia
Akhirat
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
♦ Ibu
bapa yang masih hidup @
meninggal dunia
♦ Insan
kesayangan seperti anak, isteri @
sahabat
♦ Dihadiahkan pahala untuk
mereka yang kita pernah hutang tapi terputus hubungan, dibuli, dikhianat, dll
Semoga dengan berwakaf atas nama mereka, dapatlah
kita ‘menebus’ (dengan harapan mereka dapat pahala) kesilapan kita yang lalu.
Atas dasar itu, pihak tahfiz membuka peluang untuk
anda berwakaf serendah RM50 untuk
membina Kompleks Maahad
Tahfiz Al-Fadilah di Padang Terap, Kedah.
Bezanya Maahad Tahfiz Al-Fadilah ini berbanding
pusat tahfiz yang lain;
➡️ Komited dalam melahirkan penghafal al-Quran wanita.
➡️ Yang bukan sekadar hafal, tapi perlu faham ayat.
➡️ Jadi, bila pulang ke kampung dapatlah kongsikan ilmu agama.
➡️ Selain itu, pelajar juga dilatih dalam kaedah perubatan Islam.
➡️ Agar dapat berbakti semula kepada masyarakat.
Harapannya, bila pelajar ini keluar. Mereka bukan setakat hafal Al-Quran. Tetapi mampu memberi manfaat pada masyarakat.
Bagaimana Cara Anda Boleh Berwakaf?
Anda boleh berwakaf dengan pilih pakej di bawah:
➡️ RM5000 (Waqaf Tiang) - diukir nama serta doa di
tiang maahad
➡️ RM1000 (Waqaf Bilik Kuliah) - diabadikan nama di
Papan Senarai Penyumbang dan diletakkan dalam bilik kuliah
➡️ RM500 (Waqaf Dermawan) - dihantar sijil waqaf
ke rumah sebagai tanda penghargaan dari kami
➡️ RM50 (Waqaf Umum) - diberi resit wakaf
Ayuh kita rebut pahala berwakaf ini sebelum ia
penuh.
Mudah-mudahan Allah SWT luaskan rezeki dan hadiahkan
ladang pahala buat anda yang sudi berwakaf.
Amin YRA.
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
"Saya
dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat
wakaf atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada
Maahad Tahfiz Al-Fadilah”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang
maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.