Sumbangan Maahad Tahfiz Perempuan

Sumbangan Maahad Tahfiz Perempuan

YA ALLAH BUKALAH HATI KAMI MEMYUMBANG PEMBANGUNAN TAHFIZ INI.
BAGI MEMBINA GENERASI AL QURAN, HAFIZAH UNTUK KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMEEN!.



Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 & 262 mahfumnya :

261. “Bandingan(perbelanjaan – derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapayang dikehendakinya, dan Allahamat luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”

262. “Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah,kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-membangkit (pemergiaanya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidaklah ada kebinbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran 30 juzuk:
Terbitan Darul FIkir Cetakan yang ke 15-1998)

MATAF berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor D.R (Rujukan : JLD.8(82) ) 
Ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan Hafizah-hafizah Al-Quran, membentuk peribadi muslimah yang bijaksana yang mampu menghadapi cabaran semasa dan berkebolehan menyaring nilai-nilai baru yang mencabar, dan menyediakan asas pengajian ke arah menduduki peperiksaan-peperiksaan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia/IPT luar negara. Kami percaya tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. 

Kutipan dana MATAF ini bertujuan :
- menaik taraf pusat pengajian
- membayar belanja operasi yang mana buat masa sekarang kami hanya membayar guru mengikut kadar kemampuan sahaja.
- memberikan peluang kepada lebih banyak pengajian dan pelajar untuk mengikuti program di MATAF
– mengumpul dana bagi membina pusat pengajian di Kedah, kami sudah ada tanah untuk membangunkan bangunan. 
– membeli kenderaan pelajar, yang mana sekarang ini kami menggunakan kenderaan guru/kakitangan dan tidak mempunyai insuran membawa pelajar.


Bagi setiap sumbangan kami akan mengeluarkan resit dan bagi sumbangan Rm500 ke atas sijil sumbangan bagi tujuan rekod.

Setiap sijil yang dibeli merupakan SEDEQAH JARIAH, Insya-Allah berkekalan sebagai amal kebajikan yang dipuji Allah dan diberikan pahala

berganda.

Bayaran boleh di buat dengan mengisi borang di bawah. Bagi sumbangan cdm boleh sertakan resit untuk tujuan rekod. Manakala pembayaran menggunakan internet banking dan kredit kad akan terus di keluarkan resit. 

             Alamat Maahad tahfiz dan no telefon ajk kami :
NO 25, LORONG CAKERA PURNAMA 12/13C, 42300 Puncak Alam, Selangor
011-60888828

Di atas sumbangan Yang Berbahagia tuan/puan itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kasthira
Sabda Rasulullah s.a.w., mahfumnya :
“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedeqah jariah (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM50 - Semoga Allah memberkati anda
RM100 - Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah
RM500 - Kami sangat berterima kasih. Alhamdulillah
RM10 - Derma Ikhlas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG