Sumbangan Pembangunan Maahad Tahfiz Al Fadhilah, Puncak Alam

Sumbangan Pembangunan Maahad Tahfiz Al Fadhilah, Puncak Alam

YA ALLAH BERIKANLAH KAMI PELUANG MEMBINA GENERASI AL QURAN, HAFIZAH UNTUK KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMEEN!.


NO AKAUN DAN CARA BAYARAN ADA DI BAWAH
(ISIKAN NAMA, EMEL, DAN NO TELEFON UNTUK REKOD DAN PENGELUARAN RESIT)

BOLEH BUAT PEMBAYARAN TERUS ONLINE BANKING ATAU MENGGUNAKAN DEBIT/KREDIT CARD



SUMBANGALAH UNTUK DIRI ANDA, IBU AYAH ATAU KELUARGA ANDA. MUDAH MUDAHAN SEMUA URUSAN ANDA DI PERMUDAHKAN OLEH ALLAH S.W.T.

MATAF berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor D.R (Rujukan : JLD.8(82) ) 
Ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan Hafizah-hafizah Al-Quran, membentuk peribadi muslimah yang bijaksana yang mampu menghadapi cabaran semasa dan berkebolehan menyaring nilai-nilai baru yang mencabar, dan menyediakan asas pengajian ke arah menduduki peperiksaan-peperiksaan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia/IPT luar negara. Kami percaya tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. 

Kutipan dana MATAF ini bertujuan :
- menaik taraf pusat pengajian
- membayar belanja operasi yang mana buat masa sekarang kami hanya membayar guru mengikut kadar kemampuan sahaja.
- memberikan peluang kepada lebih banyak pengajian dan pelajar untuk mengikuti program di MATAF
– mengumpul dana bagi membina pusat pengajian di Kedah, kami sudah ada tanah untuk membangunkan bangunan. 
– membeli kenderaan pelajar, yang mana sekarang ini kami menggunakan kenderaan guru/kakitangan dan tidak mempunyai insuran membawa pelajar.


Bagi setiap sumbangan kami akan mengeluarkan resit dan bagi sumbangan Rm500 ke atas akan di berikan Sijil. Setiap sumbangan merupakan SEDEQAH JARIAH, Insya-Allah berkekalan sebagai amal kebajikan yang dipuji Allah dan diberikan pahala berganda.


Sumbangan boleh di buat dengan mengisi borang di bawah.
 
Sabda Rasulullah s.a.w., mahfumnya :
“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedeqah jariah (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”
Semoga ini menjadi saham kita di dunia ini. insyaAllah. 


Maklumat tambahan :
Alamat Maahad Tahfiz pertama :
NO 25, LORONG CAKERA PURNAMA 12/13C, 42300 Puncak Alam, Selangor
011-60888828
Kompleks maahad tahfiz akan di bangunkan di Merbok kedah, tanah sudah ada bangunan masih mencari dana.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
RM50 - Semoga Allah memberkati anda
RM100 - Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah
RM500 - Kami sangat berterima kasih. Alhamdulillah
RM10 - Derma Ikhlas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN