Sumbangan Wakaf Kompleks Tahfiz

Sumbangan Wakaf Kompleks Tahfiz

YA ALLAH BERIKANLAH KAMI PELUANG MEMBINA GENERASI AL QURAN, HAFIZAH UNTUK KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMEEN!.
PERHATIAN : AKAUN BANK DAN LINK DIRECT ADA DI BAWAH BORANG INI
1. Isi amaun sumbangan di borang di bawah > 2. Masukkan nama untuk tujuan rekod dan pengeluaran resit > 3. Pilih cara pembayaran melalui online transfer atau Kad (anda akan di bawa terus ke portal bank)

FASA PERTAMA 1000LOT = 1LOT RM100
SUMBANGLAH UNTUK DIRI ANDA, IBU AYAH ATAU KELUARGA ANDA. 
(MAJLIS TAHLIL DAN DOA MINGGUAN DI ADAKAN BAGI PENYUMBANG)

Berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor D.R (Rujukan : JLD.8(82) ) dan Pertubuhan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS)
Ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan Hafizah-hafizah Al-Quran, membentuk peribadi muslimah yang bijaksana yang mampu menghadapi cabaran semasa dan berkebolehan menyaring nilai-nilai baru yang mencabar, dan menyediakan asas pengajian ke arah menduduki peperiksaan-peperiksaan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia/IPT luar negara. Kami percaya tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. 

Kutipan dana pembangunan Kompleks Tahfiz ini bertujuan :
Pembinaan kompleks tahfiz yang tergendala. 


Maahad Tahfiz Al Fadhilah bermula dengan inspirasi untuk melahirkan Generasi Al-Quran dengan menerapkan ilmu serta akhlak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

MATAF bermula di Puncak Alam, Selangor. Dengan mengambil anak-anak miskin dan asnaf, MATAF berjaya membimbing anak-anak ini sehingga khatam hafalan 30 juzuk dan sebahagian daripada mereka telah juga ditaja melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan universiti tempatan. Alhamdulillah.

Dengan semangat kejayaan ini serta dorongan para penaja dan penyumbang, kini lebih ramai pelajar mula diambil dan kompleks tahfiz baru mula di bangunkan di Merbok, Kedah bagi melahirkan lebih ramai Asatizah, daie, hafiz dan hafizah. 

Di MATAF, kami mengamalkan sistem pembelajaran tersendiri iaitu dengan bermula kelas Ibtida'i bagi yang belum lancar Al-Quran selama 6 bulan ke 1 tahun seterusnya barulah akan diserap ke kelas Tahfiz. Kami amat mementingkan kualiti hafalan dari segi bacaan, tajwid, tulisan dan sebagainya.


SILA ISI BORANG DI BAWAH UNTUK DIRECT PAYMENT DAN NO AKAUN.

Bagi setiap sumbangan kami akan mengeluarkan resit dan Sijil WAKAF.

Bagi sumbangan RM5000 ke atas akan di letakkan nama di tiang Kompleks Tahfiz beserta doa.

Setiap WAQAF, Insya-Allah berkekalan sebagai amal kebajikan yang dipuji Allah dan diberikan pahala berganda.

Di atas sumbangan Yang Berbahagia tuan/puan itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kasthira 
Sabda Rasulullah s.a.w., mahfumnya :
“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedeqah jariah (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”
Semoga ini menjadi saham kita di dunia ini. insyaAllah. 
Setiap penyumbang akan kami bacakan nama dan doa di dalam majlis tahlil dan khatam Al Quran sepanjang bulan Ramadhan. 


Maklumat tambahan :
Alamat Maahad Tahfiz pertama :
NO 25, LORONG CAKERA PURNAMA 12/13C, 42300 Puncak Alam, Selangor
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 011-26422600
Kompleks Tahfiz sedang di bangunkan di Merbok Kedah. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
1 Lot - Wakaf Batu-Bata
10 Lot - Wakaf Peralatan dan Kelengkapan Tahfiz
50 Lot - Wakaf tiang nama & doa dipahat di tiang kompleks tahfiz
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel ustazahfadhilahmataf@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.