Sumbangan Wakaf Kompleks Tahfiz
ALLAH PASTI MEMBERIKAN GANJARAN YANG BESAR!
YA ALLAH BERIKANLAH KAMI PELUANG MEMBINA GENERASI AL QURAN, HAFIZAH UNTUK KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMEEN!.
PERHATIAN : AKAUN BANK DAN LINK DIRECT ADA DI BAWAH BORANG INI
1. Isi amaun sumbangan di borang di bawah > 2. Masukkan nama untuk tujuan rekod dan pengeluaran resit > 3. Pilih cara pembayaran melalui online transfer atau Kad (anda akan di bawa terus ke portal bank)
FASA PERTAMA 1000LOT = 1LOT RM100
SUMBANGLAH UNTUK DIRI ANDA, IBU AYAH ATAU KELUARGA ANDA.
(MAJLIS TAHLIL DAN DOA MINGGUAN DI ADAKAN BAGI PENYUMBANG)
Maahad Tahfiz Al Fadillah ( MATAF ) ditubuhkan oleh Ustazah Hajjah Fadilah Bin Osman pada tahun 2016. MATAF diurus takbir oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan dipantau oleh anggota jamaah MATAF. MATAF telah di daftarkan secara sah mengikut perundangan negara dengan saluran yang tepat.
No Pendaftaran JAIS : JLD.8(82)
No Pendaftaran Sekolah : BZH3036
No PITAS : 2016-006-164 Sel/KS
Ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan Hafizah-hafizah Al-Quran, membentuk peribadi muslimah yang bijaksana yang mampu menghadapi cabaran semasa dan berkebolehan menyaring nilai-nilai baru yang mencabar, dan menyediakan asas pengajian ke arah menduduki peperiksaan-peperiksaan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia/IPT luar negara. Kami percaya tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.
MATAF bermula di Puncak Alam, Selangor. Dengan mengambil anak-anak miskin dan asnaf, MATAF berjaya membimbing anak-anak ini sehingga khatam hafalan 30 juzuk dan sebahagian daripada mereka telah juga ditaja melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan universiti tempatan. Alhamdulillah.
Dengan semangat kejayaan ini serta dorongan para penaja dan penyumbang, kini lebih ramai pelajar mula diambil dan kompleks tahfiz baru mula di bangunkan di Merbok, Kedah bagi melahirkan lebih ramai Asatizah, daie, hafiz dan hafizah.
Di MATAF, kami mengamalkan sistem pembelajaran tersendiri iaitu dengan bermula kelas Ibtida'i bagi yang belum lancar Al-Quran selama 6 bulan ke 1 tahun seterusnya barulah akan diserap ke kelas Tahfiz. Kami amat mementingkan kualiti hafalan dari segi bacaan, tajwid, tulisan dan sebagainya.
Bagi setiap sumbangan kami akan mengeluarkan resit dan Sijil WAKAF.
Bagi sumbangan RM5000 ke atas akan di letakkan nama di tiang Kompleks Tahfiz beserta doa.
Setiap WAQAF, Insya-Allah berkekalan sebagai amal kebajikan yang dipuji Allah dan diberikan pahala berganda.
Sabda Rasulullah s.a.w., mahfumnya :
Semoga ini menjadi saham kita di dunia ini. insyaAllah.
Alamat Maahad Tahfiz pertama :
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 011-26422600
Kompleks Tahfiz sedang di bangunkan di Kuala Nerang Kedah.