MENGEJAR KEBERKATAN REZEKI SEAWAL SUBUH

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MELALUI 10 HARI TERAWAL PALING ISTIMEWA DALAM BULAN ZULHIJJAH?
Allah perintahkan manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan.Orang yang terbaik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain bukan yang mengambil manfaat dari orang lain:
“Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat.”
10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang penuh dengan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dalam bulan tersebut khususnya pada 1 sehingga 10 Zulhijjah .
Jemput Tengok Video Dibawah :
FIRMAN ALLAH SWT
"Berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakan sebahagian hartamu yang Allah telah jadikan kamu berkuasa. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menghabiskan (sebahagian) hartanya akan mendapat pahala yang besar."
(Surah Al-Hadid : ayat 7)
Hasil sumbangan daripada anda semua , pihak MATAF telah melakukan gerakan untuk membina penempatan sekolah yang baharu di Kuala Nerang, Kedah. Gerakan pertama yang dilakukan adalah dengan melakukan proses pembersihan tanah yang menelan kos sebanyak RM 60,000. Kos tersebut adalah
termasuk kerja- kerja ukur tanah, menurap jalan, membersihkan tanah dan memasang signboard. Keluasan tapak tanah adalah 3 hektar .
Tetapi masih banyak lagi dana yang diperlukan oleh pihak MATAF dalam menjayakan usaha murni ini bagi membina Kompleks Maahad Tahfiz yang baru di Kuala Nerang, Kedah. Ini kerana Fasa 2 projek pembangunan Kompleks Maahad Tahfiz akan dimulakan iaitu proses menaikkan bangunan.
besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh untuk bersedekah. Setiap sumbangan anda, memberikan senyuman yang amat bermakna buat pelajar disini.
Niatkan juga infaq Tuan/Puan ini buat ibu bapa, suami isteri, anak-anak yang tersayang atau untuk sesiapa sahaja agar saham berterusan dapat dinikmati mereka.
Majlis bacaan doa dan tahlil dibuat setiap minggu untuk para penyumbang. Sumbangan RM500 ke atas akan dikeluarkan sijil wakaf.

